KUALA LUMPUR: Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) catat sejarah baharu apabila berjaya menganjurkan The First Youth Research Presentation on SDG Challenge Program yang terbesar di Malaysia dengan pengiktirafan The Malaysian Book of Records (MBOR) hari ini. Acara julung kali itu telah menghimpunkan 500 pelajar penyelidik muda dari pelbagai fakulti untuk membentangkan idea penyelidikan mereka secara serentak. Program ini berjaya mengumpulkan 200 hasil penyelidikan, di mana setiap pelajar mempunyai pembentangan dan kajiannya…







