UPM universiti keempat terbaik Asia Tenggara

UPM universiti keempat terbaik Asia Tenggara

AHMAD FARHAN MOHD. SADULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara institusi pengajian tinggi terkemuka di rantau ini apabila kekal berada pada kedudukan ke-22 terbaik daripada 1,526 universiti di Asia dalam penarafan QS World University Rankings (WUR) 2026: Asia.

Ini sekali gus mengekalkan status UPM sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia dan keempat terbaik di Asia Tenggara.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, prestasi itu membuktikan komitmen konsisten universiti dalam penambahbaikan berterusan sejak 2023, selain menunjukkan usaha strategik dalam memacu kecemerlangan akademik dan penyelidikan berada pada landasan tepat.

“UPM sedar bahawa penarafan bukan matlamat strategik, sebaliknya ia menjadi petunjuk kemajuan serta penambahbaikan berterusan. Falsafah kami mudah sentiasa lebih baik daripada tahun sebelumnya. Fokus kami adalah pada peningkatan markah, bukan sekadar kedudukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, universiti tidak memilih untuk bersaing secara langsung dengan institusi lain, tetapi memberi tumpuan kepada kolaborasi strategik yang memberi manfaat kepada pembangunan ilmu dan masyarakat.

Menurutnya, pencapaian kali ini turut berteraskan kerangka hala tuju prinsip UPM True North, yang memberi penekanan terhadap impak universiti kepada ilmu, negara dan kemanusiaan.

Selain itu, UPM turut mencatat prestasi hampir sempurna dalam reputasi akademik 99.3 peratus dan reputasi majikan 98 peratus, selain peningkatan dalam kertas setiap fakulti dan petikan setiap kertas yang menjadi indikator penting keaktifan serta impak penyelidikan global.

Kejayaan tersebut turut mencerminkan komitmen seluruh warga UPM dalam memperkukuh budaya kecemerlangan, kerjasama dan kesepaduan dalam usaha mengekalkan reputasi sebagai universiti penyelidikan bertaraf dunia berteraskan kemampanan dan inovasi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN