KOTA BHARU: Hujan lebat sejak semalam menyebabkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di Taman Bendahara, di sini ditenggelami banjir sekali gus pelajarnya terpaksa mengikuti pengajian secara dalam talian bermula hari ini. Naib Canselor UMK, Datuk Dr. Arham Abdullah berkata, semua pelajar terlibat ditempatkan di tingkat atas kolej kediaman dan pengurusan universiti itu terus melakukan pemantauan bagi memastikan keselamatan dan bekalan makanan sentiasa mencukupi. Katanya, bagaimanapun pelajar yang tinggal di…










