PETALING JAYA: Tren monorail membawa 373 penumpang terkandas di Jalan Sultan Ismail menghala ke Medan Tuanku, di sini hari ini menyebabkan seorang wanita pengsan. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pukul 9.39 pagi sebelum mengarahkan jentera ke lokasi kejadian. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa digerakkan bersama jentera FRT-1 dengan kekuatan lima anggota. Katanya, pasukan tiba…










