KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Mohd. Nor menegur dua ahli Parlimen pembangkang yang berbincang di antara mereka dengan suara agak kuat sehingga mengganggu mesyuarat berlangsung hari ini. Teguran diberikan kepada Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) dan Datuk Khlir Mohd. Nor (PN-Ketereh) yang dilihat sedang berbual ketika perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2026 baru bermula. Ramli berkata, tindakan itu melanggar Peraturan Mesyuarat 41(e)…










