Tiga lagi industri dilarang keluarkan e-Invois disatukan mulai 2026

Tiga lagi industri dilarang keluarkan e-Invois disatukan mulai 2026

LIM HUI YING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga lagi jenis aktiviti dan industri tidak dibenarkan untuk mengeluarkan e-Invois secara disatukan bermula 1 Januari 2026.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, perubahan ini melibatkan transaksi jualan barangan dan penyediaan perkhidmatan melebihi nilai ambang RM10,000, termasuk sektor elektrik dan telekomunikasi.

“Dalam sektor elektrik, pertambahan ini merangkumi pembekal utama yang terlibat dalam pengedaran, pembekalan dan penjualan elektrik kepada pengguna akhir.

“Bagi sektor telekomunikasi pula, ia meliputi pembekal perkhidmatan yang menawarkan pelan pascabayar, langganan internet, serta pakej peranti elektronik kepada pelanggan,”katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai langkah kerajaan untuk menyediakan garis panduan khusus berkaitan transaksi yang dibenarkan disatukan dalam sistem e-Invois bagi memastikan ketelusan dalam pematuhan di Dewan Rakyat, hari ini.

Hui Ying berkata, menambah bahawa perniagaan hanya dibenarkan menyatukan transaksi tertentu berdasarkan maklumat yang tertera pada resit yang diberikan kepada pembeli.

Selain itu, peniaga diwajibkan menyerahkan maklumat resit tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam tempoh tujuh hari pertama setiap bulan berikutnya.

Sebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menetapkan tujuh jenis aktiviti dan industri yang tidak dibenarkan mengeluarkan e-Invois secara disatukan, antaranya sektor automotif termasuk jualan kenderaan bermotor; jualan tiket penerbangan dan penerbangan peribadi; serta barangan emas dan barangan mewah.

Selain itu, ia juga melibatkan sektor pembinaan seperti pembinaan rumah atau kompleks, pemborong dan peruncit barangan pembinaan, aktiviti perjudian berlesen, serta pembayaran kepada ejen atau pengedar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN