Tidak rasmi: PH dan GRS sengit di Kemabong

Tidak rasmi: PH dan GRS sengit di Kemabong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) diwakili calon DAP bersaing sengit dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong dengan perbezaan undi sebanyak satu peratus.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi oleh DAP, GRS meraih 402 undi manakala PH pula 392 undi daripada 1,018 undi yang dikira setakat ini.

Selain itu, Barisan Nasional (BN) mendapat 143 undi, Warisan (lima undi) manakala PPRS (satu undi).

PH berentap dengan rakan kerjasama politik mereka, GRS di kerusi itu berikutan DAP menamakan bekas Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual sebagai calon kelapan mereka di kerusi berkenaan bagi mencabar penyandang kerusi daripada GRS, Datuk Rubin Balang yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan Rahmah Jan Sulaiman daripada UMNO sebagai calonnya.
Pada PRN kali ini, GRS menjalin kerjasama dengan PH, yang turut berpakat dengan Barisan Nasional (BN), namun tiada kerjasama antara BN dan GRS.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN