Tiada petunjuk kukuh, Namewee bebas dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Tiada petunjuk kukuh, Namewee bebas dengan jaminan polis

namewee
NAMEWEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) membenarkan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, dibebaskan dengan jaminan polis.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar memaklumkan, pembebasan itu dibuat berikutan tiada sebarang petunjuk kukuh setakat ini yang dapat mengaitkan individu berkenaan secara langsung dengan punca kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun.

“Pihak kami menawarkan jaminan polis. Setakat ini, tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan bahawa dia terbabit dalam kematian si mati.

“Walau bagaimanapun, siasatan berhubung kes itu masih belum selesai dan sedang giat diteruskan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Dusuki turut mengesahkan arahan untuk siasatan lanjut dikeluarkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengumpul lebih banyak maklumat dan melengkapkan kertas siasatan.

“Siasatan masih diteruskan dan arahan untuk siasatan lanjut dikeluarkan kepada PDRM,” jelasnya.

Namewee tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November lalu bagi membantu siasatan kematian pempengaruh wanita berkenaan.

Namewee ditahan reman selama enam hari sebelum disambung reman tiga hari lagi sehingga tamat reman hari ini.

Ia berikutan penyanyi itu merupakan individu terakhir yang dikatakan berada bersama mangsa.

Pempengaruh itu ditemukan mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN