Tiada isu ‘sondol’, Bella Astillah minta warga siber henti kecaman

Tiada isu ‘sondol’, Bella Astillah minta warga siber henti kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menafikan dakwaan wujudnya orang ketiga kononnya menggugat hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella atau  Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, menjelaskan, khabar angin kononnya wanita bernama Ami Ilana menjadi punca keretakan hubungan mereka hanyalah spekulasi tidak berasas yang ditimbulkan individu tidak bertanggungjawab di media sosial.

“Sebenarnya tiada perkara tidak baik seperti yang digembar-gemburkan.

”Semua ini terjadi kerana ada segelintir pihak yang memulakan panggilan tidak sepatutnya kepada Ami, lalu yang lain pula terus mengecam tanpa usul periksa,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut Bella, tuduhan kononnya berlaku ‘sondol-menyondol’ juga tidak berasas kerana Ami Ilana merupakan individu yang telah lama bersama kumpulan pengurusan mereka, BASS (Bella dan Saddiq), dan bukan seorang yang bujang.

“Tiada istilah ‘sondol’ sebab dia pun bersama BASS dari awal lagi. Dia pun tidak single,” jelasnya.

Sehubungan itu, Bella menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang tuduhan melulu serta berhenti mengecam individu lain yang tidak berkaitan sehingga menjejaskan keluarga mereka.

“Mari kita semua lupakan hal ini dan berbuat baik sesama kita. Kami semua baik-baik sahaja.
Saya juga baik dengan Mama (panggilan Bella kepada ibu Syed Saddiq),” tambahnya.

Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa hubungan Bella dan Syed Saddiq tidak direstui oleh ibu kepada ahli politik itu, yang dikatakan lebih rapat dengan wanita bernama Ami Ilana.

Spekulasi tersebut semakin hangat apabila ada pihak mendakwa ibu Syed Saddiq tidak mengikuti Bella di laman media sosial -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN