BUKIT MERTAJAM : Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menafikan berlakunya sebarang eksploitasi terhadap pekerja di negara ini sama ada melibatkan warga tempatan atau warga asing. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, dalam hal ini, Malaysia kekal tegas dalam penguatkuasaan undang-undang perburuhan serta komited untuk memastikan semua pekerja dilindungi sepenuhnya. “Kita (Malaysia) sangat tegas dalam isu ini terutamanya berkaitan aspek undang-undang perburuhan dan kita sentiasa berusaha memastikan eksploitasi pekerja itu…










