PETALING JAYA: Tiada sebarang usaha untuk menutup skandal pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebaliknya isu besar itu perlu disiasat dan ditangani mengikut prosedur yang ditetapkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan telah dibawa ke mesyuarat Kabinet dan diputuskan bahawa tiada pihak wajar dilindungi dalam isu tersebut. Katanya, kerajaan tidak mempersoalkan kredibiliti Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan menyokong pendirian Menteri Belia dan Sukan, Hannah…










