KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman United, Seputeh dipercayai berpunca daripada kegagalan dinding penahan tanah (retaining wall) yang dibina di bahagian bawah cerun. Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Rusli Mohamed berkata, dinding penahan tanah tersebut tidak direka sebagai struktur bertetulang. Katanya, dinding itu tidak mampu menahan tekanan tanah dan air bertakung, selain beban pokok serta akar-akarnya, sekali gus menyebabkan runtuhan. “Dalam…










