Nama restoran Ajak Shiro disalah guna untuk pelaburan palsu

Nama restoran Ajak Shiro disalah guna untuk pelaburan palsu

AJAK SHIRO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro mendedahkan, terdapat individu tidak bertanggungjawab yang cuba memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama jenama restorannya bagi tujuan pelaburan palsu.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd. Hanaffi Razak, 39, berkata, beliau menerima panggilan daripada seseorang yang ingin mengesahkan sama ada pelaburan itu di bawah kelolaannya atau tidak.

Menurutnya, individu itu hampir membuat bayaran pendahuluan pelaburan sebanyak RM100,000 untuk membuka cawangan baharu selepas diyakinkan suspek yang mendakwa dirinya sebagai wakil rasmi syarikat.

“Saya terkejut bila ada yang telefon saya tanya betul ke orang ini wakil saya. Bila saya semak nama dan gambar, saya tak kenal langsung,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pembukaan restorannya di Jalan Hang Tuah di sini, Sabtu lalu.

Ajak berkata, dua cubaan penipuan dikenal pasti di Lembah Klang, namun tiada mangsa mengalami kerugian kerana sempat membuat semakan dengan pihaknya.

“Saya risau kalau ada yang sampai buat pinjaman bank sebab nak beli lesen francais, tapi akhirnya ditipu. Saya nak orang percaya dengan jenama saya, bukan sebaliknya,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN