Tanah: Felda tidak beri respons hingga tarikh akhir

Tanah: Felda tidak beri respons hingga tarikh akhir, Terengganu mula tindakan undang-undang

KERATAN akhbar laporan Utusan Malaysia berhubung isu tanah antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Felda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan memulakan tindakan undang-undang ke atas Felda selepas agensi itu gagal memberi respons terhadap tuntutan penyelesaian isu tanah antara kedua-dua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim berkata, tempoh 40 hari yang dipersetujui bersama antara kerajaan negeri dan pengurusan Felda untuk penyelesaian isu berkenaan berakhir hari ini.

Namun kata beliau, Felda gagal memberikan sebarang respon terhadap tuntutan kerajaan negeri dalam penyelesaian isu tanah yang dibangunkan sebagai ladang komersial oleh Felda tanpa hak milik sah.

“Surat peringatan terakhir dihantar Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu kepada Pengarah Besar Felda pada 20 November 2025 tetapi tidak mendapat apa-apa respon.

“Mengambil kira isu ini telah berlanjutan selama 40 tahun tanpa penyelesaian walaupun kerajaan negeri telah membuka pelbagai ruang perbincangan dan rundingan, pihak kami merumuskan bahawa tindak balas negatif serta sikap berdolak dalih Pengurusan Felda adalah amat mendukacitakan.

“Sebagai sebuah negeri berdaulat yang dilindungi oleh undang-undang, Kerajaan Negeri Terengganu tiada pilihan kecuali terpaksa bertindak demi menjaga kepentingan negeri selaras dengan peruntukan perundangan dalam Kanun Tanah Negara,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN