KUALA LUMPUR: Pekerja dicadang menambah sendiri caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara tiga ke lima peratus berikutan prestasi dana persaraan itu yang menunjukkan pertumbuhan positif. Berdasarkan prestasi semasa, KWSP menawarkan pulangan stabil dan risiko lebih rendah berbanding pelaburan kendiri seperti unit amanah atau saham. Setakat Disember 2024, terdapat 16.22 juta pencarum pekerja swasta dengan 8.78 juta adalah pencarum aktif melibatkan 614,563 majikan. Kadar caruman wajib 11 peratus bagi pekerja…










