Tamatkan Ironman bawah 13 jam, Syed Saddiq bakal raih RM1 juta untuk Muar

Tamatkan Ironman bawah 13 jam, Syed Saddiq bakal raih RM1 juta untuk Muar

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman melintasi garisan penamat dengan catatan masa 12 jam 22 minit dan 18 saat pada perlumbaan triathlon Ironman Malaysia 2025 di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan perlumbaan triathlon Ironman Malaysia 2025 dengan catatan masa 12 jam 22 minit dan 18 saat.

Pencapaian itu sekali gus memenuhi syarat ditetapkan sebuah syarikat pengeluar fesyen tempatan untuk memperoleh insentif RM1 juta sebagai sumbangan kebajikan untuk penduduk Muar.

Bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 32 tahun itu menamatkan cabaran tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari 42.2km.

Pada penyertaan pertama Ironman Malaysia tahun lalu, Syed Saddiq mencatat masa 13 jam 13 minit dan 50 saat.

Atlet Estonia, Siim Erik Alamaa, 33, mengungguli kategori lelaki dengan catatan masa 9 jam 8 minit dan 40 saat, sementara Sally Porter, 33, dari Great Britain menguasai kategori wanita menerusi catatan 10 jam 38 minit dan 51 saat.

Sementara itu, seorang lagi bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin beraksi dalam Ironman 70.3 Langkawi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN