Susah payah saya berdiri atas kaki sendiri - Athalia - Utusan Malaysia

Susah payah saya berdiri atas kaki sendiri – Athalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Athalia Deena Buswani, 22, enggan mengambil pusing apabila dikatakan masih menumpang nama dan populariti ibunya, Sharifah Zarina.

Pelakon utama drama BF Green Flag itu memaklumkan dia sedar bahawa dirinya akan tetap dikaitkan dengan ibunya lebih-lebih lagi selepas mereka sertai pertandingan Talk To My Manager baru-baru ini.

“Susah payah saya berdiri atas kaki sendiri. Jadi sedikit tertekan juga apabila saya selalu dianggap dapat laluan mudah kerana bergelar anak seorang penggiat seni.

“Ya, memang saya ikut jejak langkahnya menjadi pelakon dan penyanyi, tetapi kami sebenarnya dua personaliti berbeza.

“Terpulanglah kepada netizen mahu bercakap apa sekalipun. Saya teruskan sahaja langkah saya dalam bidang seni. Harapnya satu hari nanti orang melihat saya sebagai Athalia, bukan anak Sharifah Zarina,” katanya pada sidang media drama BF Green Flag, baru-baru ini.

Athalia dalam masa yang sama berterima kasih kepada ibunya yang banyak membimbing dan berkongsi nasihat mengenai tugas dan kerjaya sebagai pelakon dan penyanyi.

“Contoh untuk drama BF Green Flag ini, saya pernah hubungi ibu saya bagi mendapatkan tunjuk ajar bagaimana menunjukkan emosi ketika berlakon kerana ketika menjayakan drama ini, saya temui jalan buntu untuk memberikan emosi depan kamera.

“Jadi saya sebenarnya bersyukur juga kerana ibu saya, yang berpengalaman dalam dunia lakonan, sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN