PASIR MAS: Suasana tenang di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand, petang kelmarin bertukar ngeri apabila seorang wanita sarat mengandung hanya mampu menjerit dan mendakap suaminya yang rebah selepas ditembak 18 das oleh dua lelaki yang dikenalinya. Mangsa, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, ditembak bertubi-tubi ketika sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di halaman rumahnya kira-kira pukul 6.40 petang waktu Thailand. Isterinya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, berkata, dua lelaki tersebut…










