STEM menjadi nadi utama kemajuan negara

STEM menjadi nadi utama kemajuan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menginsafi keperluan mendesak ini, Kurikulum 2027 diperkenalkan dengan pendekatan STEM yang lebih progresif, membentuk pelajar yang bukan sahaja celik ilmu, malah mampu mencipta nilai baharu dalam dunia yang dipacu teknologi.

Walau bagaimanapun, realiti semasa menunjukkan bahawa hanya 45.73 peratus peelajar memilih bidang Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) setakat tahun 2023 jauh daripada sasaran 60 peratus yang diimpikan.

Situasi ini membimbangkan kerana dalam era Revolusi Industri 4.0, negara memerlukan modal insan berkemahiran tinggi untuk menguasai teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI), robotik, dan data raya ,justeru penerapan pendidikan STEM melalui Kurikulum 2027 bukan sekadar keperluan, tetapi menjadi syarat mutlak untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing, lestari, dan dihormati di persada antarabangsa.

Hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan 70 pelajar sekolah berasrama penuh menyertai bidang STEM menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh kurikulum pendidikan negara.

Inisiatif ini bertujuan membina barisan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) serta memacu negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

Langkah ini sejajar dengan aspirasi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) yang menggariskan keutamaan dalam mempertingkat kemahiran tenaga kerja dan memperluaskan penguasaan bidang teknologi strategik.

Salah satu inisiatif utama dalam Kurikulum 2027 adalah penerapan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning, PBL) dalam subjek STEM.

Pendekatan berkenaan memberi peluang kepada pelajar meneroka konsep sains dan teknologi secara praktikal melalui projek yang berkait rapat dengan kehidupan sebenar.

Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Matematik, pelajar boleh melaksanakan projek mereka bentuk pelan pembangunan taman permainan dengan mengambil kira faktor ukuran, skala, geometri, dan kos keseluruhan.

Dalam projek ini, pelajar perlu menggunakan konsep pengiraan luas, perimeter, isipadu, serta anggaran kos berdasarkan nilai sebenar di pasaran.

Melalui kaedah ini, pelajar bukan sahaja menguasai teori Matematik, malah dapat mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar sambil membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah, berfikir secara logik dan membuat keputusan.

Dr Zurina Hamid ialah Pensyarah Kanan di Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN