PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima purata 150 maklumat dan aduan berkaitan rasuah setiap hari melalui pelbagai saluran termasuk portal aduan, aplikasi mudah alih MACC Mobile, surat rasmi, emel, panggilan telefon dan secara terus daripada pemberi maklumat. Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat SPRM, Norkhafizin Isa, berkata semua aduan dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) yang beroperasi di bawah sektor operasi SPRM dan ditapis sebelum disiasat.…










