PETALING JAYA: Semua warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu sentiasa memperkukuh budaya kerja berintegriti, memperkasa akhlak mulia dan memastikan kesiapsiagaan mental serta fizikal dalam melaksanakan amanah dengan cemerlang. Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong berkata, perkara itu dituntut terhadap setiap warga pasukannya di negeri itu dalam melaksanakan amanah. Menurutnya, susulan itu pihaknya dengan kerjasama Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) menganjurkan Program Jerayawara Jelajah Integriti SPRM Kedah Tahun 2025…










