TUARAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berada dalam keadaan kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana, termasuk hujan lebat dan banjir, menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini. Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, SPR mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi situasi kecemasan, namun tindakan di lapangan akan dibuat berdasarkan laporan semasa yang diterima daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah (JPBD) melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).…










