KANGAR: Polis menumpaskan sindiket perlombongan mata wang digital (bitcoin) selepas menyerbu rumah kedai yang dijadikan pusat operasi di Kuala Perlis dan Kangar pada 13 dan 15 November lalu. Dalam operasi tersebut, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar (IPD) Kangar dibantu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan pemeriksaan fizikal pada litar pemasangan di tiga lokasi premis rumah kedai sekitar pusat perniagaan Marina Kuala Perlis, Kangar Jaya dan Taman Putra…









