KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam video kes rasuah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, siasatan mengenai kes itu masih berjalan dan selepas menonton video berkenaan, beliau berpendapat ia mempunyai asas kukuh untuk disiasat. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa sebarang tindakan terhadap kes itu adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Saya sendiri tonton…










