Shamsul Iskandar tiba di SPRM beri keterangan berhubung siasatan rasuah. - Utusan Malaysia

Shamsul Iskandar tiba di SPRM beri keterangan berhubung siasatan rasuah.

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini tengah hari tadi bagi memberi keterangan berhubung tohmahan rasuah terhadapnya.

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu tiba kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Ketibaan beliau disambut pasukan pegawai SPRM dan beliau dijangka memberi keterangan secara terperinci berkaitan kes tersebut.

Difahamkan, siasatan itu adalah sebahagian usaha pihak berkuasa bagi membanteras amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan dan bekas pegawai kanan politik.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar setakat ini dan perkembangan lanjut dijangka menyusul selepas beliau selesai memberi keterangan.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar antara tiga individu yang dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung klip video perbualan antara seorang wanita, Sofia Rini Buyong dan ahli perniagaan, Albert Tei.

Sofia bagaimanapun telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM petang semalam bagi memberi keterangan manakala, Tei pula dijangka hadir pada Isnin ini untuk tujuan sama.

Tei sebelum ini mendakwa telah menyerahkan RM629,000 kepada Shamsul Iskandar selepas diyakinkan wang yang disalur kepada beberapa ahli politik di Sabah dapat diperoleh semula.

Turut didedahkan termasuk beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp dan beberapa gambar yang dikatakan menjadi bukti menyokong dakwaan berkenaan.

Susulan itu, Shamsul Iskandar pada Selasa mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan percubaan menyerang dirinya dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan Madani. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN