Semsira muncul juara Kejohanan MBPJ Cobra 10s Mini bawah 16 tahun - Utusan Malaysia

Semsira muncul juara Kejohanan MBPJ Cobra 10s Mini bawah 16 tahun

PASUKAN ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin (SEMSIRA) muncul juara Kejohanan MBPJ Cobra 10s Mini 2025 bagi kategori Lelaki Bawah 16 Tahun.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pasukan ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin (Semsira) terus mengharumkan nama sekolah apabila muncul juara Kejohanan MBPJ Cobra 10s Mini 2025 bagi kategori lelaki bawah 16 tahun baru-baru ini.

Skuad muda bimbingan Mohd Hafiz Zainon bersama jurulatih Muhamad Syafiq Mohd Zai itu menampilkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan dengan menumpaskan pasukan Oberon Eagles 7-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit.

Diketuai oleh Muhammad Afiq Affandy Mohd Fadzli, pasukan Semsira menunjukkan dominasi sejak peringkat kumpulan dengan mencatat rekod bersih tanpa kalah.

Mereka menewaskan pasukan KL Saracens, Cobra, Juggernouts RCdan Putra.

Sebagai juara kumpulan, Semsira mara ke peringkat separuh akhir dan meneruskan rentak kemenangan menundukkan Rhino Niners dengan keputusan 12-0, sebelum mengesahkan tempat ke pentas akhir.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari pada 8 dan 9 November di Padang Astaka, Petaling Jaya, Selangor itu dianjurkan oleh COBRA Rugby Club dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ia menghimpunkan pasukan-pasukan ragbi muda terbaik dari seluruh negara bagi merebut gelaran juara edisi kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN