Sarjit yakin Malaysia mampu beri saingan - Utusan Malaysia

Sarjit yakin Malaysia mampu beri saingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dapatkan rehat yang cukup, fokus kepada tugasan dan beri kesungguhan semasa permainan.

Begitu nasihat Ketua Jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh kepada 20 pemain yang bakal menggalas cabaran Malaysia dalam kejohanan hoki jemputan antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-31 2025 di sini mulai Ahad ini.

Nasihat itu diberikan oleh Sarjit sebelum nama pemain diumumkan hari ini.

“Saya nasihatkan semua pemain yang terpilih berada dalam keadaan siap siaga untuk menggalas cabaran dalam kejohanan ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas perlawanan persahabatan tidak rasmi Malaysia menentang India di sini semalam.

Pada perlawanan itu, Sarjit menurunkan semua pemain untuk memberi kesempatan mereka beraksi.

Malaysia tumpas 1-2 kepada India dalam perlawanan tiga suku selama 10 minit setiap suku itu.

Sarjit bagaimanapun tidak menghiraukan keputusan perlawanan sebaliknya mahu melihat mobiliti pemain.

“Mereka bermain dengan baik pada awal permainan malah berjaya mendahului lawan pada awal permainan.

“Saya yakin kesebelasan yang terpilih mampu memberi saingan kepada lima pasukan lain pada kejohanan kali ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN