KUCHING: Sarawak telah melakukan persiapan sepenuhnya bagi menghadapi banjir, susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang kini mula melanda. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata antara persiapan utama termasuk penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta pengaktifan Pangkalan Hadapan bagi menyimpan bekalan makanan kering khususnya untuk kawasan yang jauh dari pusat bandar. “Semua PPS telah bersedia dari aspek lokasi, kapasiti serta kelengkapan seperti tilam, makanan, air…










