KUCHING: Kerajaan Sarawak menaikkan kadar bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) daripada RM800 kepada RM950 pada tahun depan, bagi isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kadar baharu bantuan itu akan diagihkan setiap empat bulan sekali dengan setiap penerima isi rumah menerima RM316 bagi satu pembayaran. “Tahun ini, SKAS telah dilaksanakan dengan jayanya, memberikan bantuan tahunan antara RM250 hingga…








