SAJI sumbang RM15,000, 650 peserta sertai Fun Run - Utusan Malaysia

SAJI sumbang RM15,000, 650 peserta sertai Fun Run

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha memperkukuh kebajikan masyarakat menjadi fokus utama apabila SAJI melalui program SAJI Seikhlas Hati menyalurkan RM15,000 dalam bentuk wang tunai dan produk keperluan kepada 10 organisasi kebajikan.

Acara yang berlangsung pada 2 November lalu di Wisma FGV baru-baru ini itu adalah bersempena acara SAJI Miles for Smiles Fun Run & Walk 2025.

Larian sejauh lima kilometer itu menghimpunkan 650 peserta, menjadikan penganjuran tersebut bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi platform menghubungkan masyarakat bandar serta menyalurkan bantuan kepada golongan rentan.

Program dirasmikan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Datuk Fakhrunniam Othman, melambangkan komitmen FGV dalam memperkukuh kesejahteraan sosial.

Bantuan disalurkan kepada pelbagai rumah kebajikan termasuk anak yatim, asnaf, warga emas dan pusat penjagaan pesakit terlantar seperti Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia, Rumah Bakti Datuk Harun, Rumah Jagaan Penyayang Nur Iman serta Pusat Jagaan Warga Emas Barakah.

Menurut FGV, sumbangan tersebut adalah sebahagian usaha berterusan SAJI untuk membawa manfaat langsung kepada komuniti, di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan penyertaan aktif masyarakat dalam program berbentuk riadah.

Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti sesi pemanasan badan, pemeriksaan kesihatan percuma, stesen hidrasi, mini karnival serta cabutan bertuah yang ditaja lebih 10 rakan strategik. Peserta juga menerima run kit mengandungi barangan FGV, produk SAJI, minuman dan baucar makanan.

Dengan sokongan padu rakan penaja seperti Felda Travel, Hospital Pusrawi, CARABAO, SORA, Sunshine, Mokti’s dan Hotel Seri Pacific, penganjuran kali ini menyerlahkan pendekatan FGV dan SAJI yang menggabungkan nilai komersial dan tanggungjawab sosial, sekali gus memberi impak positif kepada komuniti bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN