KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah menteri Persekutuan atas keputusan bersejarah untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan semula hak perlembagaan Sabah terhadap pemberian khas 40 peratus hasil bersih yang dikutip di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu membuktikan bahawa Perdana Menteri memahami harapan serta aspirasi rakyat Sabah, selain mencerminkan komitmen…










