KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Kementerian Kewangan melalui Perbendaharaan telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan sementara Sabah bagi memulakan rundingan teknikal berhubung pemberian khas 40 peratus hasil negeri itu, sebelum terbentuknya kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau berkata, langkah itu menandakan komitmen Kerajaan untuk memperkukuh pelaksanaan hak-hak Sabah seperti termaktub dalam Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Katanya, laporan hasil rundingan…









