KUALA LUMPUR: Nilai Ringgit Malaysia (RM) terus mengukuh sehingga mencatatkan prestasi mata wang terbaik di Asia dengan peningkatan sebanyak 8.21 peratus berbanding Dollar Amerika Syarikat (AS$). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut merekodkan lebihan perkhidmatan sebanyak RM0.7 bilion pada suku ketiga tahun ini sekali gus menamatkan tempoh 14 tahun negara mengalami defisit. Katanya, akaun semasa negara juga menunjukkan kedudukan positif dalam suku ketiga pada paras 12.2 peratus…










