KUBANG PASU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menjangkakan kemungkinan banjir di Kota Setar dan Padang Terap susulan beberapa sungai mencatatkan kenaikan paras air secara mendadak. Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Bukhori Mat Sidik berkata, situasi itu meletakkan kedua-dua daerah berkenaan dalam zon berjaga-jaga sepanjang minggu ini. Menurut beliau, aliran sungai dari Kubang Pasu telah melepasi paras bahaya dan dijangka memasuki sungai di Kota Setar, menjadikan bandar raya…










