PETALING JAYA: Ribut Tropika Senyar dilaporkan semakin melemah selepas melanda Pantai Barat Semenanjung dan diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan, taufan itu kini berada di tengah Semenanjung dan diramal akan terus bergerak ke arah timur menuju ke perairan Laut China Selatan. “Walaupun ia telah melemah, peredaran sisa ribut itu masih berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang…










