MELAKA: Ribut Tropika Senyar yang melanda perairan Selat Melaka merekodkan kematian pertama di negara ini selepas seorang penunggang motosikal maut akibat melanggar pokok tumbang di Jasin dekat sini, awal pagi tadi. Fenomena alam itu turut mencetuskan insiden runtuhan struktur pelantar membabitkan lapan mangsa di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Sri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia selepas…










