KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti representasi kedua dikemukakan seorang warga emas yang juga ahli GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) berhubung pertuduhan memiliki 38 bahan penerbitan berkaitan Al-Arqam, tahun lalu. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa di hadapan Majistret Farah Nabihah Mohammad Dan, di sini hari ini. Terdahulu, peguam bela, Boestamam Ahmad yang mewakili tertuduh, Aisya Bula Tajudin, 60, memohon penangguhan perbicaraan kerana pihaknya telah…










