SEREMBAN: Masih ramai pengguna khususnya dalam kalangan warga emas masih belum mengetahui kewujudan serta fungsi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) untuk membeli minyak masak bersubsidi. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaa negeri, S.Veerapan berkata, sehubungan itu program advokasi bagi memberi penerangan kepada pengguna mengenai sistem itu giat dilakukan. Katanya, aplikasi eCOSS dibangunkan bagi membantu pembelian minyak masak bersubsidi secara sistematik sekali gus mengelakkan ketirisan…









