PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan Negeri Johor yang terus memberi fokus kepada pembangunan pendidikan dan kebajikan rakyat melalui pembentangan Belanjawan Johor 2026 bertemakan Bangsa Johor Sejahtera. Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 13 November lalu memberi tumpuan besar kepada aspek jaringan sosial dan kesejahteraan, khususnya buat golongan yang memerlukan. Teras Ketiga iaitu Jaringan Keselamatan Sosial turut…










