Proses pelaksanaan MA63 tidak wajar diganggu hasutan

Proses pelaksanaan MA63 tidak wajar diganggu hasutan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN: Proses pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak wajar diganggu oleh sebarang kenyataan berbaur hasutan yang mampu menjejaskan hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan berada dalam fasa penting pelaksanaan komitmen MA63 melalui mesyuarat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, proses berkenaan tidak wajar diganggu oleh kenyataan atau pendapat yang boleh mendatangkan kekeliruan atau kegusaran dalam kalangan orang ramai.

“Sebarang kenyataan berbaur hasutan berkaitan perjanjian ini berpotensi merosakkan hubungan harmoni yang telah lama terjalin antara Sabah, Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

“Kenyataan tidak wajar boleh memberi implikasi kepada kestabilan Persekutuan serta kepercayaan rakyat terhadap proses penyelesaian MA63,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim dilaporkan mendakwa Sarawak dan Sabah sebagai beban kepada Persekutuan, selain turut mempersoalkan MA63.

Dalam siaran audio siar, Zaid turut mencadangkan bahawa negeri-negeri Borneo itu patut dibenarkan keluar jika mereka tidak berpuas hati.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang membuat kenyataan sebegitu, Saifuddin berkata, laporan mesti dibuat terlebih dahulu.

“Sebaik sahaja laporan dibuat, kita akan melihat undang-undang yang berkaitan dan sehingga itu berlaku, saya tidak boleh mengulas lanjut,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN