GEORGE TOWN : Projek terowong dasar laut Pulau Pinang terus mendapat perhatian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila kerajaan negeri memaklumkan bahawa ia bukan projek terbengkalai sebaliknya masih bergerak aktif melalui fasa penelitian teknikal serta penyempurnaan reka bentuk. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sejak cadangan awal mengenai projek tersebut dibuat pada 2011, kerajaan negeri tidak pernah mengumumkan sebarang pembatalan terhadap projek di bawah Pelan Pengangkutan Induk Pulau Pinang…







