JOHOR BAHRU: Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Malaysia–Singapura mencatatkan kemajuan 65 peratus selepas struktur Stesen Bukit Chagar serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) hampir siap sepenuhnya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kemajuan RTS Link Malaysia–Singapura itu pada tahap memberangsangkan dengan jejambat mencapai 91 peratus siap, stesen 73 peratus dan CIQ pada tahap 76.8 peratus. Jelasnya, perkembangan pesat projek mega itu sekali gus menandakan kemajuan signifikan dalam…









