GEORGE TOWN : Pelaksanaan Program Pembentukan Karakter di peringkat prasekolah mulai tahun depan bukan langkah tergesa-gesa sebaliknya usaha berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) memperkukuh pembentukan sahsiah dan keperibadian murid. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program berkenaan bukan subjek baharu sebaliknya diterapkan dalam semua sesi pembelajaran seperti Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik selain memberi penekanan terhadap nilai, adab dan akhlak murid bagi membentuk generasi yang berkarakter tinggi. “Pembentukan karakter ini bukan berlaku…










