Presiden Mahkamah Rayuan kini memangku tugas Hakim Besar Malaya

Presiden Mahkamah Rayuan kini memangku tugas Hakim Besar Malaya

ABU BAKAR JAIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais dilantik untuk menjalankan kuasa dan tugas sebagai Hakim Besar Malaya menggantikan Tan Sri Hasnah Mohamed Hashim yang bersara wajib, Jumaat lalu.

Menurut surat daripada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dilihat oleh Utusan Malaysia, lantikan tersebut bermula Jumaat lalu (15 November) dan akan berkuatkuasa sehingga jawatan tersebut diisi.

Perlantikan tersebut dibuat berdasarkan Seksyen 9(3)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan jika jawatan Presiden atau Hakim Besar kosong, kuasa Presiden atau mana-mana Hakim Besar itu hendaklah dilaksanakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan.

Abu Bakar mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 28 Julai lalu menggantikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersara pada 3 Julai lalu.

Beliau memulakan karier dalam bidang perundangan ssebagi Timbalan Pendakwa Raya pada 1987 sebelum dilantik menjadi Majistret pada 1990.

Perjalanan kariernya terus berkembang sehingga dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 5 Disember 2019 dan kemudiannya menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 13 Jun 2023,

Hasnah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya; jawatan ketiga tertinggi dalam badan kehakiman, pada 12 November dan merupakan wanita ketiga yang berada di kedudukan tersebut.

Dua Hakim Besar Malaya wanita sebelum ini ialah Tan Sri Siti Norma Yaakob (2005) dan Tan Sri Zaharah Ibrahim (2018).

Hasnah turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama memegang jawatan Penolong Penasihat Undang-Undang di Selangor.

Pada Julai lalu, Hasnah sekali lagi menempa sejarah apabila memegang tiga jawatan tertinggi dalam kehakiman.

Beliau memangku tugas sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan selepas persaraan wajib Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN