PETALING JAYA: Kira-kira lapan anggota sindiket disyaki menjalankan kegiatan penipuan dalam talian di sekitar ibu negara berjaya diberkas oleh Polis Kuala Lumpur, baru-baru ini. Operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur melalui kerjasama di peringkat daerah dan kontinjen dari 10 hingga 14 November lalu. Kesemua tangkapan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur melibatkan kediaman yang dijadikan pusat operasi haram. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata,…









