Polis KL tumpas 97 sindiket penipuan dalam talian tahun lalu

Polis KL tumpas 97 sindiket penipuan dalam talian tahun lalu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur menumpaskan 97 sindiket pusat panggilan bagi penipuan dalam talian di ibu negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ia hasil beberapa operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur dengan kerjasama JSJK Bukit Aman dalam beberapa operasi bersepadu.

Ia bertujuan membanteras kegiatan sindiket itu yang menyasarkan mangsa di dalam dan luar negara.
Katanya, dalam tempoh itu juga 1,070 individu ditahan yang membabitkan 600 warga tempatan manakala 470 warga asing.

“Turut dirampas, 2,845 unit peralatan telekomunikasi yang digunakan untuk menghubungi mangsa, selain wang tunai berjumlah RM5,067,818.

“Kesemua tangkapan dibuat di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur membabitkan premis kediaman yang dijadikan pusat operasi haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, siasatan awal mendapati kesemua individu yang ditahan adalah pekerja sindiket dan terbabit dalam pelbagai modus operandi penipuan.

Ia termasuk penipuan tawaran pekerjaan, pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud serta aktiviti penipuan lain yang menyasarkan mangsa, termasuk warganegara asing.

“Kesemua tangkapan telah didakwa di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan penipuan dalam talian, serta kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 berkaitan pelanggaran dokumen perjalanan membabitkan warga asing. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN