PETALING JAYA: Sekumpulan individu yang disyaki merusuh dan menyerang tiga lelaki menggunakan senjata di Selayang Jaya, Batu Caves dekat sini tengah malam tadi, masih diburu polis. Maklumat berhubung kejadian itu diterima pihak berkuasa pada pukul 12.20 tengah malam, sebelum siasatan mendapati pergaduhan berlaku kira-kira 10 minit sebelumnya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, ia dipercayai membabitkan dua kumpulan lelaki tempatan yang identiti mereka belum dikenal…










