PN tanding 41 DUN, Ronald Kiandee antara taruhan - Utusan Malaysia

PN tanding 41 DUN, Ronald Kiandee antara taruhan

PN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan bertanding di 41 daripada 73 ke­rusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Antara nama besar yang diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang ditempatkan di DUN Sugut.

Turut dinamakan ialah Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan yang dipertaruhkan untuk merampas DUN Karambunai manakala

Naib Ke­tua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nabila Norsahar di DUN Darau.

Berucap ketika mengumumkan senarai penuh calon, Muh­yiddin berkata, 30 peratus daripada calon dikemukakan PN adalah golongan muda.

Katanya, 90 peratus daripada mereka juga merupakan muka baharu dalam arena politik ta­nah air khususnya di Sabah.

“(Pemilihan calon) ini satu masalah besar bagi saya dan rakan-rakan, pening hendak fikir kerana calon hebat terlalu ba­nyak di Sabah ini.

“Calon kita tampilkan 90 peratus muka baharu, lima calon wa­nita dan hampir 30 peratus adalah orang muda sahaja. Kita berdoa mudah-mudahan mereka terpilih sebagai wakil rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata, PN meletakkan harapan untuk Sabah berubah lebih daripada biasa dengan memilih gabungan itu sebagai kerajaan negeri baharu.

“Masih banyak perkara perlu dilakukan untuk menentukan bahawa Sabah menjadi salah sebuah negeri termaju di negara ini. Kita tidak mahu menjadi ‘the second best’ (kedua yang terbaik),” katanya.

Pada PRN Sabah kali ini, lima calon Pas iaitu Ahmad Dullah di DUN Tanjung Batu, Kasman Karate (Kunak), Aliakbar (Karambunai), Dr. Munzier Mahamud (Balung) dan Hasan Haris (Merotai) akan bertanding menggunakan lambang PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN