KUALA LUMPUR: Soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen pembangkang telah dijawab oleh Perdana Menteri atau menteri-menteri berkaitan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang dalam Sidang Dewan Rakyat. Beliau berkata, ada dalam kalangan Ahli Parlimen yang terus mengulangi soalan sama walaupun penjelasan sudah diberikan beberapa kali. “Soalan yang dibangkitkan semua saya jawab, nak kata saya elak (menjawab…










