PM dijangka turun berkempen di Sabah selepas lawatan ke Afrika

PM dijangka turun berkempen di Sabah selepas lawatan ke Afrika

TUNKU Nashrul Abaidah ketika sesi taklimat media di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun berkempen di Sabah sejurus pulang daripada lawatan rasmi ke tiga buah negara di benua Afrika pada 25 November ini.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) baru sahaja pulang dari Sabah selepas mengikuti hari penamaan calon PH pada Sabtu lalu.

“Sebelum ini, beliau (Perdana Menteri) sendiri memaklumkan bahawa beliau akan mengetuai pasukan PH untuk menempuh PRN Sabah.

“Dalam perancangan memang Perdana Menteri akan turun ke Sabah lagi dan insya-Allah sebaik tiba di Kuala Lumpur dan kita akan umumkan jadual beliau.

“Buat masa sekarang, perancangannya masih ada untuk beliau (Perdana Menteri) turun ke Sabah bagi meneruskan kempen berbaki beberapa hari lagi sebelum pilihan raya berlangsung,” katanya pada Taklimat Pejabat Perdana Menteri bersama media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sama ada Perdana Menteri masih sempat turun berkempen di PRN Sabah biarpun mempunyai jadual ketat termasuk lawatan rasmi ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya bermula 18 hingga 24 November ini.

Sebelum ini, selepas hari penamaan calon, Perdana Menteri turun padang bagi menyantuni pengundi di pelbagai lokasi terutama di pedalaman Sabah dengan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu, Keningau.

Anwar turut menghadiri program sama bagi DUN Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Tenom pada hari sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN